Majlis Berbuka Puasa anjuran badan Kebajikan BPPDP telah diadakan pada 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadan di Bilik Seminar BPPDP. Antara tetamu yang hadir termasuklah TKPPM - Pembangunan Dasar, Pengarah BPPDP, Timbalan-Timbalan Pengarah BPPDP serta warga BPPDP dan keluarga yang beragama islam. Selepas berbuka puasa, sembahyang maghrib berjamaah turut diadakan. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah sembahyang tarawikh berjamaah, tazkirah oleh ustaz jemputan dan penyampaian cenderamata.